Tuesday, January 25, 2011

Jeritan Saraf

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu jeritan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Tuesday, January 18, 2011

Batuk Berkahak

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.

Tuesday, January 11, 2011

LEMAH SYAHWAT DAN HILANG RANGSANGAN

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di zaman yang moden ini ramai yang faham tentang masalah ini.Masalah ini bergantung kepada jati diri individu untuk merasainya namun adakalanya tersasar juga dari pandangan.Ada juga yang mengambil keputusan untuk melakukan perkara alternatif untuk menyelamatkan keadaan yang semakin menghimpit.

Dengan pengambilan pil peransang dan krim yang semakin meluas di pasaran mungkin jalan mudah bagi sesetengah pihak tetapi hakikatnya ini semua adalah jalan yang mengundang kemudaratan pada saraf dan secara tidak sengaja ia akan mengendurkan Penis (zakar) dan merosakkan faraj serta rahim.

Penis ini sebenarnya ia akan naik dan turun dengan semulajadi kerana itu sudah ciptaannya dan tidak perlu dicemari dengan bahan kimia yang tidak tahu dari mana unsulnya.Seks yang teratur juga boleh membantu rangsangan kerana ia terjadi apabila minda bergambung bersama perasaan dan terbentuklah perasaan yang bersama dengan nafsu.Tidak dinafikan ramai yang inginkan kebahagiaan didalam rumahtangga dan takut perkara yang tidak diingini berlaku hanya disebabkan ketidak puasan pasangan sesama sendiri.

Thursday, January 6, 2011

Kemurungan Yang Perlu Di Atasi

Sumber  Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa murung ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat murung disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.

Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.

Kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.