Saturday, June 11, 2011

Sakit Sendi

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam sebahagian besar ramai yang mengalami masalah sendi.Ini kerana penyakit sendi terjadi semua pada lapisan umur.Sendi-sendi manusia terdiri di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti:-
-Siku
-Pergelangan tangan
-Punggung
-Lutut
-Buku Lali
-Sendi Jari
-Sendi Kaki

Dalam setiap pengerakkan manusia memerlukan sendi yang sihat agar pengerakkan seharian berjalan dengan lancar.Tanpa sendi kita tidak mungkin boleh menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna seperti menggerakkan:
- Kaki,tangan
- leher
- Membongkokkan badan
- Membuka mulut untuk makan

Di sini kita boleh tahu bahawa peranan sendi itu amat penting dalam sistem pengerakkan badan kita.Ini kerana sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi melicinkan pengerakkan.Tulang rangka juga berfungsi untuk menyokong tisu lembut dan melindungi organ dalam serta memberi kestabilam kepada badan secara menyeluruh.Apabila penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang sendi haus dalam peningkatan usia.

Secara umumnya ia akan menyebabkan ada anggota badan seperti lutut,pengelangan kaki menjadi sakit dan kurang selesa apabila digerak.Sebahagian penyakit-penyakit yang disebabkan oleh sendi kebiasaannya:
- osteoporosis
- osteoartritis
- Gout

Inilah sebahagian penyakit yang biasa berlaku pada seseorang individu yang mengalami masalah sendi.Kesakitan pada sendi ini juga ada banyak jenisnya ada yang disebabkan reumatisma iaitu membabitkan tisu lembut pada sendi sama ada di pergelangan tangan, siku, jari,lutut dan belakang badan.

Ia akan membuatkan sesseorang pesakit mengalami kekejangan terutamanya pada waktu pagi dan mereka akan merasakan hilang kestabilan dan perubahan pada bentuk anggota badan seperti membengkak.

Sakit sendi boleh dicegah sebelum ia melarat dan perlu juga menjaga kebajikan sendi itu dengan menjaga pemakanan,serta melakukan senaman.

Rawatan Alternatif Mahsuri Menjalankan Rawatan Terapi saraf serta Menawarkan Analisis penyakit Dan Mengeluarkan Produk Yang Menggunakan Sistem gelombang.Untuk Keterangan Lanjut Klik Di bahagian Berkenaan:
Terapi Saraf
Analisis Penyakit
Jenis Produk Dan Beli Secara Online

No comments:

Post a Comment