Thursday, March 3, 2011

Kemaafan Dapat Merawat Sikap Dendam

Sumber : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.